latar blakang....

this is bout me..


Thursday, January 27, 2011

aku & insomnia...

SEKIRANYA anda sering kurang tidur, itu bukan lagi satu perkara luar biasa.

apa yg leh aku katakan skunk ialah aku sdg menghadapi insomnia...
aku xska ngn keadaan aku ni..
aku akn cuba berusaha tuk meninggalkan dunia insomnia ini..
kat bwh adalah sedikit info bout insomnia yg aku search..
selamat membaca ;-)

Salah satu masalah tidur yang berat ialah insomnia iaitu masalah sukar atau tidak dapat tidur pada waktu malam.

Dr Ng Beng Yeong dan Dr Victor Kah dari Hospital Besar Singapura (SGH), menerangkan sempena kempen itu bahawa terdapat 10 fakta menarik yang perlu diketahui mengenai insomnia atau perkara-perkara yang boleh menjejas tidur, seperti berikut:

Kafein memang boleh melambatkan tidur. Tahukah anda bahawa sekitar lima jam diperlukan untuk menghapuskan kesan kafein dalam kopi yang anda minum?
Ertinya, jika anda minum kopi menjelang waktu tidur anda, biasanya anda akan sukar tidur sehinggalah lima jam kemudian.

Bersenam seperti berlari-lari anak sebelum waktu tidur, boleh membuat anda letih, tetapi yang lebih utama ia akan membuat anda lebih sukar untuk tidur kerana hormon adrenalin yang dikeluarkan tubuh selepas bersenam akan membuat anda terus aktif.

Tidur berlebihan pada siang hari bukan satu-satunya faktor yang menjejas tidur pada waktu malam, tetapi aktifnya anda melakukan kerja pada siang hari di tempat tidur seperti melungsur Internet dan membaca, juga boleh mengganggu tidur anda pada malam hari.

Orang yang bekerja syif sering mengalami insomnia.
Makan pil tidur bukan membantu mengatasi masalah susah tidur, malah membawa kepada ketagihan.
Lebih ramai orang mengalami masalah kurang tidur berbanding dengan masalah insomnia.
Jika anda terus-terusan tidak mendapat tidur yang mencukupi, anda akan menjadi kurang awas dan fungsi otak anda akan terjejas. Kelakuan orang yang tidak cukup tidur adalah lebih buruk daripada orang yang mabuk arak.

Minuman yang disebut sebagai snek triptofan seperti jus pisang atau susu, belum terbukti boleh membantu seseorang untuk tidur nyenyak.

Kaum wanita lebih cenderung mengalami insomnia berbanding kaum lelaki.

Oleh kerana tidur adalah masa apabila memori kita semakin diperkuat, maka tidur mencukupi perlu untuk menguatkan daya ingatan.Lantaran itu, orang yang selalu kurang tidur mudah menjadi pelupa.

ada sesetengah orang hanya perlu tidur 4 ke 5 jam sahaja sehari,
tapi masih dapat berfungsi dengan baik pada keesokan harinya...
Yang penting, kunci tidur yang sihat bukanlah bergantung pada braper lama tido..
tapi pola tidur yang tetap gak memainkan peranan...

No comments: